Wednesday, 24 February 2016
AKHIRNYA TERJAWAB !! Misteri KEHILANGAN Penghibur Tersohor, Anita Sarawak Bertahun-Tahun Akhirnya Kini TERJAWAB & TERURAI !!! Anita yang sering membahasakan dirinya KAK NITA, dilaporkan menjalani PEMBEDAHAN......
Posted By:
Unknown
on 16:01
Dalam artikel Shuib Taib di New Straits Times, tulisannya menjawab persoalan dan gossip yang dikaitkan dengan kehilangan penyanyi kelahiran Singapura itu.
Misteri Kehilangan penghibur tersohor, Anita Sarawak kini terjawab
Anita yang sering membahasakan dirinya Kak Nita, dilaporkan menjalani pembedahan tulang belakang pada 2013, dua tahun selepas dia meninggalkan negara ini.
Ia tidak dikongsi dengan peminat selepas dia memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih privasi, tanpa publisiti.
Sepanjang tempoh itu, pelbagai spekulasi timbul terhadap penyanyi bertaraf antarabangsa ini.
Paling kerap diperkatakan, dia telah berpisah dengan suami keempatnya, Mahathir dan mengubah penerampilan bergaya dan seksinya dengan berhijab.
Paling mengejutkan, Anita Sarawak dikatakan turut dibebani dengan masalah hutang.
Hakikatnya, anak tunggal hasil perkahwinan primadona filem Melayu, Siput Sarawak dengan S. Roomai Noor ini, membuktikan segala cerita yang dikaitkan dengan dirinya adalah palsu.
Dirinya masih isteri kepada Mahathir dan masih tinggal sebumbung dengan suaminya.
Bukan setakat itu, Kak Nita terus mengembangkan asetnya dengan membeli hartanah di Tuscany, Italy, sekaligus menyangkal dakwaan dia berdepan dengan masalah hutang.
Bahkan, pembedahan tulang belakang sebelum ini, tidak menghalangnya kembali membuat persembahan di Caesers Palace, Las Vegas pada Februari dan Mac lalu.
Walaupun dia tidak seaktif dulu, namun ia membuktikan Anita Sarawak masih menjadi seorang penghibur.
Bagi peminatnya di negara ini dan Singapura, dia seorang penghibur yang unik dengan gaya tersendiri. Kelincahan dan coletehnya ketika membuat persembahan membuatkan mereka merindui kemunculan semula Kak Nita.
Sumber asal - ohdunia
SEDIH!- "makcik ditengking pekerja baitulmal sebab mintak bantuan macam takde maruah"
Posted By:
Unknown
on 11:33
Setiap tahun #kutipan pusat zakat mencecah berjuta-juta ringgit malahan pelbagai kaedah pengiklanan serta hadis dikeluarkan untuk mengutip zakat kepada rakyat malaysia. Namun tiada pula agihan yang tepat diberikan kepada warga fakir dan miskin yang memerlukan dana zakat.
Jadi memang tidak hairanlah mengapa orang #melayu ramai yang murtad memeluk kristian salah satu penyebabnya kaedah kritian yang memberikan duit kepada orang susah tidak kira agama membuatkan oarang kita tertarik dengan kaedah tersebut.
Jika diiikutkan kerajaan mengatakan haram membayar zakat tidak melalui pusat pungutan zakat namun kemana duit tersebut? bahkan nak mohon zakat seumpana meminta sedekah bukan sekadar itu golongan veteran orang #tua-tua ini juga dimaki dan dimarahi staff tersebut berikut perkongsian yang patut anda baca
PERHATIAN!! Petanda PELIK Yang Amat Mengejutkan Di Tasik Kenyir Sebelum Berlakunya Gempa Bumi!!
Posted By:
Unknown
on 11:02
#Perubahan ‘pelik’ yang berlaku sejak enam bulan lalu akhirnya menepati ramalan penduduk setempat bahawa ‘sesuatu’ akan berlaku di Tasik Kenyir susulan gempa bumi lemah 2.7 magnitud dikesan dikawasan tersebut, malam tadi.
#Menurut pengusaha perniagaan berbentuk penganjuran aktiviti memancing Ibrahim Anon, atau Ujang, 50-an, perubahan yang berlaku di Tasik Kenyir sejak September 2015 termasuk keadaan permukaan bumi dan fenomena ikan naik ke permukaan air yang tidak berlaku seperti kebiasaan menimbulkan tanda tanya kepada penduduk setempat.
“Musim tengkujuh tidak berlaku berbanding tahun sebelum ini. Malah, perubahan paling ketara yang dilihat sejak enam bulan lalu adalah apabila keadaan di bahagian hulu sungai mula kering dan dipenuhi dengan timbunan pasir.
“Musim ikan naik ke permukaan juga tidak berlaku. Ikan toman dan ikan sebarau biasanya akan naik ke permukaan air setiap musim pada penghujung tahun. Namun, keadaan itu tidak berlaku,” katanya yang berpengalaman selama 20 tahun menguruskan perniagaan memancing di Tasir Kenyir, ketika dihubungiMalaysian Digest, hari ini.
#Ujang yang juga menguruskan perniagaan rumah bot di Tasik Kenyir berkata, berikutan perubahan tersebut, pihaknya dan kumpulan ‘kaki pancing’ sudah menjangkakan gempa bumi akan berlaku memandangkan insiden tersebut bukan pertama kali berlaku di sana.
#Bagaimanapun ujarnya, gegaran yang turut dirasai di sekitar Kuala berang itu tidak menimbulkan suasana panik dalam kalangan penduduk setempat dan pelancong yang berada di Tasik Kenyir.
“Pengusaha bot sudah biasa dengan keadaan cuaca yang ekstrem dan gegaran semalam tidak dirasai di rumah bot kerana ia berada di permukaan air. Namun, gegaran itu mungkin dirasai oleh penduduk di kawasan darat,” jelasnya.
#Ditanya mengenai jangkaan kebarangkalian gempa bumi susulan akan berlaku di Tasik kenyir, Ujang berkata; “Ya, (gempa bumi) akan berlaku lagi dan lebih besar kerana perubahan keadaan bumi di kawasan tersebut ada menunjukkan tanda-tanda. Dan sains sendiri juga mengakui bahawa fenomena alam seperti gempa bumi boleh berlaku dimana-mana.”
#Namun, Ujang menasihati penduduk dan pelancong yang berhasrat untuk ke Tasik Kenyir supaya tidak bimbang memandangkan keadaan Empangan Tasir Kenyir adalah selamat.
“Ia (gempa bumi) perkara biasa. Empangan Kenyir juga tidak terjejas susulan gempa bumi malam tadi,” ujarnya.
#Berdasarkan rekod, insiden gempa bumi di tasik buatan manusia terbesar Asia Tenggara yang berlaku malam tadi merupakan insiden kedua, selepas kali pertama berlaku pada 2010 dengan berukuran 2.6 pada skala Richter.
#Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan malam tadi, tiada ancaman tsunami berikutan gempa yang berlaku pada 9.25 malam itu, namun agensi itu sedang memantau perkembangan dan akan memaklumkan sebarang maklumat terkini.
Sumber - infokini.my
Subscribe to:
Posts (Atom)


