SONDERBORG - DENMARK. Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun didenda kerana menggunakan senjata terlarang iaitu penyembur lada untuk mempertahankan diri daripada dirogol, semalam.
Menurut laporan Local Denmark, remaja #tersebut mendakwa seorang lelaki menyerangnya kira-kira jam 10 malam dan cuba membuka pakaiannya.
Perogol bagaimanapun melarikan diri #selepas disembur dengan penyembur lada.
Jurucakap polis, Knud Kirsten #memberitahu memiliki atau menggunakan penyembur lada atau pepper spray adalah dilarang dan remaja tersebut bakal didenda 500 kroner (RM309.47).
Sementara itu, stesen TV #tempatan, TV Syd pula memaklumkan orang awam yang mengetahui nasib malang remaja tersebut kemudian mula mengumpulkan dana untuk menolong remaja terbabit membayar denda.
0 comments:
Post a Comment