Saturday 21 May 2016

Filled Under:

"Selekeh2 Saya Pun Suara Sedap...Tak Macam Artis Suara Yang Macam Suara Katak Tu.." Pedas Respon Khai Bahar Bila Penyanyi Terkenal Hina Beliau


Artis wanita yang ketika ini salah satu lagunya #menduduki top 10 carta di beberapa stesen radio tempatan mungkin bernasib malang  kesan dari kenyataan pedas yang dikeluarkan olehnya kepada Khai Bahar baru-baru ini. Siapakah artis tersebut? Dengar lagunya sahaja korang kenal dah..

Selepas melakukan #rawatan memperbetulkan struktur gigi, kini penampilan penyanyi baru Khai Bahar pula menjadi perhatian.

Malah pengikut #Instagramnya juga sudah mula perasan apabila Khai sering dilihat memakai jaket berwarna hitam dan topi ketika membuat persembahan atau menghadiri sesuatu majlis.

Perkara itu menyebabkan ada #netizen yang kurang senang melihat cara pemakaiannya dan menasihati penyanyi berusia 22 tahun itu untuk tidak kelihatan terlalu simple.

Bagaimanapun, Khai atau nama sebenarnya #Muhamad Khairul Baharudin ketika ditemui Astro Gempak berkata dia tidak kisah untuk berubah dari segi penampilan namun perubahan itu perlulah dilakukan secara perlahan-lahan.

Selekeh? Tak kisahlah apa orang nak kata, #yang penting saya tak kacau orang. Ini adalah diri saya dan saya sukakan sesuatu yang simple.

Saya sedar bila orang dah mula kenal, apa saja #perkara yang kita buat pasti jadi perhatian termasuklah pakaian.

Saya tahu mereka nak saya nampak kemas dan saya #faham komen-komen itu semua untuk kebaikan saya.



Sebenarnya saya tak kisah untuk memperbetulkan gaya #berpakaian cuma saya rasa perkara itu perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terlalu drastik.

Insha Allah saya akan perbaiki penampilan saya di masa #akan datang, tak nak lah nanti orang nampak saya terlalu banyak berubah. Kalau boleh saya nak kekalkan identiti sendiri, katanya.

Dalam pada itu, Khai juga mengakui semakin banyak #mendapat tawaran nyanyian dan jadualnya juga kini semakin padat.

Setakat ini banyak juga tawaran yang saya terima #untuk buat persembahan dan jadual saya juga semakin padat.

Saya pun tak sangka video nyanyian saya bersama #Kak Nana (Siti Nordiana) jadi viral dan membuatkan nama saya semakin dikenali.

Alhamdulillah, mungkin ini rezeki saya. #Rezeki tu tuhan yang bagi dan saya rasa sangat bersyukur,
ujarnya.

Sebelum ini, video Khai menyanyikan lagu #Memori Berkasih secara duet dengan penyanyi Siti Nordiana menjadi viral di laman sosial dan Khai kini telah berjaya mengikat kontrak nyanyian bersama NAR Records.





0 comments:

Post a Comment