Wednesday, 24 February 2016

Filled Under:
,

Penerbit 'Ola-Bola' Diugut SAMAN Oleh Pemain Negara


Malaysia – Pemain negara yang pernah #membawa pasukan bola sepak ke Sukan Olimpik di Moscow mengugut akan menyaman Ola Bola atas dakwaan filem popular itu menukar fakta.

Khalid Ali berkata tindakan undang-undang #itu akan dibuat terhadap penerbit filem itu, yang mengaut kutipan belasan juta ringgit, selepas mengadakan perbincangan dengan beberapa bekas pemain.

“Mana boleh fakta sejarah ditukar #sewenang-wenangnya. Contohnya watak Ali (dalam filem) adalah saya dan dalam filem itu saya menjaringkan gol kemenangan,” katanya kepada Harian Metro hari ini.

“Walhal bukan saya, tetapi James Wong #serta kita menang dengan 2-1 bukannya lain daripada itu. Mereka mesti menghormati sejarah dan perlu bertanggungjawab ke atasnya.”

Seorang lagi pemain negara zaman itu# Hassan Sani juga mendapati beberapa fakta berkenaan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan pada ketika itu telah diubah, lapor Bernama minggu lepas.

Jaringan gol ketika Malaysia menumpaskan #Korea Selatan dalam peringkat kelayakan ke Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980 ialah dua gol berbalas satu tetapi dalam Ola Bola keputusannya 3-2.

Tambahnya, pemain yang menjaringkan gol kemenangan memakai jersi nombor 9 dan bukannya pemain jersi nombor 10 seperti dipaparkan dalam filem.

Gol itu dihasilkan melalui #rembatan Wong setelah menerima hantaran lintang dari Hassan di kotak penalti Korea Selatan.

Wong juga dilaporkan berkata fakta #sejarah pasukan Malaysia tahun itu tidak boleh diubah kerana ia boleh mengelirukan generasi muda.

Sejak ditayangkan pada 28 Januari lalu, #Ola Bola dilaporkan mengutip RM12 juta setelah 18 hari tayangan.

Jumlah kutipan filem arahan Chiu Keng Guan #yang masih ditayangkan dijangka bertambah. Filem arahannya The Journey mengutip RM17.3 juta pada 2014.




0 comments:

Post a Comment