Thursday 19 May 2016

SAYU - "Betapa Hancur Leburnya Hati Saya" - Wanita Ini Separuh Mati Bila Jumpa Sesuatu Dalam Beg Suaminya.


Kisah Ini Diambil Di Facebook
Kisah Rumah Tangga

Kisah hidup saya dengan suami, 23 November 2006, #kami disatukan. Suami hanya kerja kampung, menoreh getah dan tinggal di rumah mertua.

Selepas 4-5 bulan berkahwin, saya disahkan hamil. 2 Februari 2008 saya selamat melahirkan bayi lelaki. Saya sudah rasa sangat bahagia pada saat itu walaupun susah, tetapi suami ada di sisi yang kuat bekerja mencari rezeki untuk kami.

Sekali lagi saya disahkan hamil. 4 Mac 2009, saya #selamat melahirkan bayi perempuan. Dua bulan selepas bersalin, suami pergi Sarawak menjalani latihan selama 6 bulan. Kembalinya suami ke sini sebagai anggota polis dan bekerja di balai polis.

Suami dapat rumah di kuarters polis di Shah Alam. Dah #tolak bank, tolak rumah, hanya tinggal RM600. Dengan motosikal EX5 suami berulang ali pergi kerja. Memang rasa bahagia.

Pergi beli barang di Tesco dengan anak seorang di depan, #seorang lagi di tengah-tengah naik motosikal. Akhirnya suami dapat beli sebuah kereta terpakai. Dengan gaji RM600 saya rasa sudah sangat bahagia sebab anak-anak dan suami di sisi.

Disebabkan rumah jauh dari tempat kerja suami, kami pun #berpindah ke kota. Dekatlah sikit dengan tempat kerja suami.

Anak lelalki pun dah berumur 6 tahun, masuk sekolah #tadika di situ. Tahun 2013, saya selamat melahirkan bayi perempuan, anak yang ketiga. Saya rasa saya sangat bahagia. Tetapi inilah dikatakan isteri diuji saat suami susah, suami diuji saat dia senang.

7 tahun dalam perkhidmatan polis, saya percaya 100% #kepada suami. Pada tahun ke 9 perkahwinan kami, saya diuji dengan ujian yang terlalu berat. Saya mendapat petunjuk melalui mimpi. Seminggu saya bermimpi yang suami saya ada perempuan lain. Akhirnya hati saya tergerak untuk membuka beg kerja suami. Betapa hancurnya hati saya bila terbaca surat nikah suami di Thailand. Mengigil seluruh badan.

4 bulan saya bersabar sebab fikirkan anak-anak. Tetapi #saya mengalah sebab saya tidak sanggup bermadu. Setiap hari menangis dan persoalan bermain di fikiran, apakah salah saya? Saya suruh suami pilih antara saya, anak-anak dengan isteri baru dia. Namun, suami enggan melepaskan siapa-siapa. Jadi saya mengalah sebab saya tidak sanggup.

Undang-Undang Baru, Isteri Boleh Dipenjara Dan Sebat #Jika Periksa Telefon Suami Tanpa Izin.

Saya Tak Pernah Teman Awak Jumpa Doktor, Tak Pernah #Bangun Bila Awak Muntah

Suami Ceraikan Isteri Pada Malam Pertama Perkahwinan #Mereka Kerana Asyik Dengan

Betapa terseksanya saya, selama 4 bulan bertahan, #akhirnya saya diceraikan pada bulan Disember yang lalu di saat saya mengandung 4 bulan. Suami lebih memilih isteri barunya berbanding saya yang sudah 9 tahun hidup susah dengannya.

Saya tinggal dengan ibu di kampung. Saya tidak #pernah bekerja, habis pantang ini terpaksalah saya mencari kerja untuk menanggung anak-anak. Doakan anak-anak yang tidak tahu apa-apa ini membesar dengan sihat walaupun tanpa kasih sayang seorang ayah.





3 comments:

  1. dan kenapa begitu xde akal cerita aib diri sendiri kepada orang lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bukan aib diri. Itu aib suami untuk pengajaran suami yg lain. Saat diuji memang seseorang itu perlu meluahkan apa yg dia alami. Meluahkan itu meringankan atau meredakan perasaan walaupun tak menyelesaikan masalah. Para lelaki dan para suami adakah anda sokong suami perempun ini? Kalau anda sokong, memang anda rasa anda dan suami itu tak bersalah. Jadi apa pun yg berlaku isteri dan perempuan yg bersalah, gitu?

      Delete
  2. salam...sis...sy maya(bkn nm sebenar)dr n9..sy trsentuh dgn kisah sis...sy harap sis dan anak2 dpt tempuh dugaan dan semoga ade hkmah dsebalik apa yg brlaku pd sis...sebagai seorg wanita dan masih bujang sy akui ape yg sis alami sgt perit...rase dikhianati,tak dihrgai,tak disayangi oleh suami...semoga sis tabah...pd yg kecam sis ni kate hilg akal la ape la...sis ni bkn hilang akal smpai nk dedhkan kisah dan aib keluarga...tp sekadar tok brkongsi kisah nyata yg trjadi pd diri dia...cuba kita letakkn diri kita pd tmpt sis ni...memang org laen x kn rase sbb x prnh mengalaminya...kalau dh kene pd batang hidung sndiri baru rase...sy bkn mendoakan yg tidak baik tp sekurg2nya brtimbang raselh sedikit...maaf kpd yg terasa...x semua wanita suke bila dimadu...dan para suami tolonglh hrgai isteri kalian...jgn bile dh seng lupe pd isteri...ingat bile kalian sush,isterilh tmpt anda mengadu...

    ReplyDelete