Monday 28 March 2016

AKHIRNYA Identiti Sebenar Wanita Sebelah Dato' Vida Ni DIDEDAHKAN.. Membuatkan Ramai Lelaki TERPESONA !!!


#Adakah anda mengenali wanita sebelah Dato Vida ni ? Dia sebenarnya ialah Dato’ Hajjah Shareen Al Mashoor kawan kepada jutawan kosmetik tersebut. Biodata ringkas mengenai beliau :-

– Dato’ Hajjah Shareen Al Mashoor
– Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Pahang bersempena dengan hari keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Pahang.
– Mempunyai dua anak.
– CEO of PRESTASI MERIAH SDN BHD Corporate Premium Gift Factory.
– CEO of SAM BEAUTILOGY LAB.
– Alumni UUM yang berjaya.

#Tinggalkan kerjaya teruskan perniagaan bapa

#Niat untuk meneruskan perniagaan ayahnya beliau meninggalkan jawatan kerajaan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD).

#Wanita lulusan Universiti Utara Malaysia dalam bidang hubungan antarabangsa dan ­diplomatik ini membuat keputusan melepaskan jawatannya selepas setahun bekerja sebagai PTD.

#Bermula dengan modal yang kecil

#Ketika itu usianya berusia 23 tahun namun dia perlu mengambil alih perniagaan walaupun tanpa sebarang modal besar hanya berbekalkan RM 10 untuk keperluan harian pada waktu itu, Wanita berimpian besar ini menanamkan hasrat untuk mengubah nasib diri dan keluarganya.


#“Produk pertama yang kami hasilkan ialah 1,000 kaki payung, namun ia perlukan modal RM25,000. Justeru, saya maklumkan kepada pelanggan bahawa syarikat kami tiada wang sebanyak itu,” katanya.

#Tidak dapat digambarkan rasa syukurnya kerana pelanggan sanggup mengeluarkan modal. Hasil keuntungan itu, dia menggunakannya sebagai modal permulaan untuk mengeluarkan pelbagai barangan lain dan akhir­nya berjaya mengukuhkan syarikatnya.

#Hampir 14 tahun menceburkan diri dalam perniagaan mengeluarkan barangan cenderahati untuk syarikat korporat, dia bersyukur kerana usaha gigihnya selama ini berbaloi.

#Perniagaan Hadiah dan Cenderahati


#“Saya bertuah kerana pekerja turut membantu menaikkan nama syarikat, malah mereka tidak jemu menolong saya mengukuhkan perniagaan ini,” katanya sambil menambah, syarikat berkenaan menghasilkan pelbagai produk termasuk botol air, tuala, baju korporat dan bingkai gambar.

#Produk syarikatnya bukan saja mendapat tempat dalam kalangan syarikat ternama di negara ini, malah di luar negara termasuk Hong Kong, United Kingdom, Iraq dan Bahrain.

#Konsep Islamik dalam perniagaan



#Beliau menerap­kan konsep Islamik dalam perniagaannya iaitu setiap minggu, diadakan majlis bacaan Yasin untuk kakitangan di pejabatnya selain menjemput penceramah pada majlis ilmu. Dengan cara itu, rezeki lebih berkat dan sentiasa mengingati Pencipta.


#“Saya masih baru dalam perniagaan ini dan sentiasa memperbaiki diri, malah berharap terus mampu mengukuhkan perniagaan ini.”

KREDIT KAKI SHARE.




0 comments:

Post a Comment