#Kapten pasukan bolasepak Johor Darul Tazim, Aidil Zafuan Abdul Razak, 27, memberitahu bahawa dia akan membayar tuntutan mutaah atau saguhati perceraian bekas isterinya, pelakon Rita Rudaini sekaligus, dan enggan berhutang apa-apa dengan wanita itu.#
#Aidil diperintahkan untuk membayar sebanyak RM 30,000 dari tuntutan asal Rita sebanyak RM 300,000 melalui keputusan mahkamah pada 6 Oktober. Bagaimanapun, dia mengakui masih belum membayar kerana masih belum menerima surat perintah dari mahkamah.#
#Mahkamah sudah pun memberi perintah tersebut. Maka saya akan bayar. Lagipun saya tak pernah cakap tak mahu bayar. Kalau tak bayar, maksudnya saya dah langgar perintah mahkamah.#
#Saya akan bayar habis (sekali gus) dan tidak mahu berhutang apa-apa lagi dengan dia.#
#Cuma pihak saya belum menerima sebarang surat dari mahkamah untuk membuat pembayaran itu.#
#Aidil juga memberitahu dia sentiasa membayar nafkah anaknya dan menjalankan tangungjawab sebagai bapa untuk anak-anak itu.#
#Harap-harap tiada isu lain timbul. Setakat ini saya membayar nafkah anak-anak macam biasa.#
#Ketika ditanya sama ada dia dapat bertemu dengan dua anaknya bersama Rita iaitu Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4, Aidil berkata:-
#Tidak. Walau apa pun dia (Rita) cuba buat, anak-anak tetap berbinkan Aidil Zafuan.#
#Kalau betullah cara saya ini, satu hari nanti anak-anak akan tahu sendiri perkara yang sebenar.#
#Tidak dapat dipastikan apa masalah sebenar, tetapi melalui beberapa kenyataan sebelum ini, Aidil memberitahu dia mengalami masalah untuk bertemu dengan anak-anaknya.#
#Di Instagram miliknya juga, Aidil beberapa kali memuat naik mengenai kerinduan terhadap mereka.#
#Semoga terdapat jalan penyelesaian buat masalah ini, jika tidak dalam masa terdekat, mungkin di masa akan datang.#
0 comments:
Post a Comment