#Pasti ada dikalangan anda yang mengalami kesukaran untuk membuang air besar lebih-lebih lagi di waktu pagi.
#Masalah ini boleh diklasifikasikan dengan masalah sembelit dan pastinya ia sangat-sangat membuatkan kita tidak selesa dan menggangu aktiviti harian.
#Masalah usus jika dibiarkan mampu memberi kesan yang sangat merbahaya kepada sistem tubuh badan lebih-lebih lagi sistem pencernaan.
#Dan lebih membimbangkan lagi, penyakit yang berpunca dari masalah penghadaman adalah punca keenam kematian di hospital kerajaan sepanjang 2008.
#Masalah usus lebih terdorong kepada masalah perut buncit dan semestinya ia akan mencacatkan penampilan seseorang.
#Tahukah anda bahawa amalan minum yogurt drink seperti yakult, vitagen dan sebagainya dapat menjadikan usus anda sentiasa dalam keadaan baik.
#Tetapi ada satu lagi elemen yang wajib ada untuk menyingkirkan segala sisa makanan dan selaput yang tersangkut pada saluran usus sekaligus mengempiskan perut.
#Memetik dari portal Vitdaily ada mendedahkan rahsia paling mudah dan murah yang anda hanya boleh dapatkan di kedai atau pasaraya dengan kos lebih kurang RM9.
#Jika anda sayangkan usus anda, sila ikuti tips di bawah
Nata De Coco + Yakult
RM 4.00 + RM 5.00
RM 9.00
Minum Yakult bersama Nata De Coco. Itu sahaja.
**(sumber : penviral.blogspot.com )
#Kos untuk kedua-kedua minuman ini hanyalah lingkungan RM9. Jika anda berkunjung ke Tesco, mungkin harga kedua-dua minuman ini lebih murah dijual.
#Cara penyediannya pula amatlah ringkas, buang air manisan nata de coco dan gantikan ia dengan air putih.
#Ambil sebotol minuman yakult dan campurkan bersama-sama 12-15 kiub nata de coco.
#Amalkan minum setiap kali bangun tidur (sebelum sarapan) dan sebelum tidur. (2 kali sehari)
#Menurut Vitdaily, rahsia minuman bajet ini telah disyorkan oleh seorang doktor perubatan dan pastinya ia selamat dan berkahsiat.
#Kesimpulannya, tidak perlu menghabiskan duit yang banyak untuk membeli sebarang supplemen atau ubat. Hanya perlukan RM9 di dalam poket, usus anda sihat, perut anda kempis
0 comments:
Post a Comment