MALAYSIA — Pelakon popular era 1990-an Lydiawati tertekan apabila asyik menerima panggilan dan teks lucah saban hari daripada peminat wanita yang bersifat lelaki.
#Lydiawati atau nama sebenar Salina Saimon berkata pengkid, atau tomboy, berusia sekitar 40-an itu turut mendakwa kerabat diraja Brunei dan mempunyai gelaran Tuanku “S”.
#“Saya sudah tidak tahan diganggu beratus-ratus panggilan telefon dan SMS berunsur gangguan seks saban hari,” katanya kepada Harian Metro.
#“Saya mulanya tidak syak apa-apa. Dia mendakwa peminat saya dan sanggup berbuat apa sahaja termasuk membelikan rumah serta membiayai kehidupan saya.
#“Dia mengaku mempunyai harta dan aset ratusan juta ringgit di luar negara serta berkawan dengan selebriti terkenal di luar negara.”
#Lydiawati, 50, berkata pengkid itu yang mula dikenalinya dua tahun lalu mendakwa meminati lakonannya.
#Tanpa mengesyaki perkara pelik, dia mengadakan pertemuan dengan wanita berkenaan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
#Pelakon filem “Suami, Isteri dan …” berkata niat sebenar pengkid berkenaan mula terdedah apabila menghantar ratusan SMS mengarut dan mengajak tidur di kediamannya.
#Katanya, suspek itu juga tidak tinggal di hotel dan kondominium mewah seperti didakwanya.
#“Saya ada jumpa dengan wanita itu bagi mendapatkan penjelasan. Namun dia masih lagi berbohong dan turut mengugut akan menjatuhkan karier saya.
#“Dia turut mengganggu ibu saya di rumah selain menabur pelbagai cerita palsu,” dia dilaporkan berkata.
#Lydiawati kini sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan polis selepas diganggu sejak dua tahun lalu.
Lihat Video Disini
0 comments:
Post a Comment