Sunday, 6 March 2016

Filled Under:

PANAS!! Anda mesti tidak kenal lelaki ini, tapi Allah dan Rasul insya-Allah kenal baik dengan dia !


#Orangnya tidak besar mana, tetapi jiwanya sangat besar. Sebelum ini beliau bekerja sebagai pemandu peribadi seorang VIP. Hidupnya tidak mewah mana. Seorang isteri yang sangat setia dan penyabar dan anak-anak yang taat. Dialah Fadli Osman, lelaki di dalam gambar ini.#

#Gambar ini kebetulan lalu di timeline telegram RPWP sebentar tadi. Berpeluh jeruk mengangkat besi terpakai yang RPWP menang tender untuk beli murah dengan syarikat yang sangat bertimbangrasa SP Setia di tapak projek Setia Ecohill. Jangan diherdik pekerja-pekerja RPWP yang sedang bekerja kuat dengan peluh membasah. Mereka bukan orang miskin, mereka bukan orang bodoh, mereka bukan buruh Myanmar dan mereka bukan gelandangan tetapi mereka adalah tulang-tulang untuk memastikan Rumah Pengasih Warga Prihatin tegak berdiri sehingga hari ini dengan jumlah anak yatim dan asnaf seramai lebih 250 orang menjadikan RPWP mungkin rumah kebajikan terbesar yang ada yang berdiri tanpa meminta-minta derma.#

#Wakaf hanya umum namun bukan ditagih. Fadli seorang yang kurang bercakap tetapi ligat bekerja. Pada siang hari dia bekerja di syarikat wakaf RPWP di Bangi Sentral sebagai kakitangan teknikal. Isterinya pula bekerja di IPG Cheras.#

#Mereka sekeluarga sanggup berpindah dari Gombak untuk tinggal di Kajang supaya Fadli dan keluarganya mampu memberikan khidmat maksima kepada RPWP tanpa dibayar gaji.#

#Sayu hati melihat sahabat sendiri berjuang dengan kederat yang ada dan makan bekal yang dibekalkan oleh anak-anak rpwp. Beliau menukar kerja dari seorang pemandu VIP yang mewah kepada bekerja di syarikat wakaf dengan menerima gaji hanya sekadar keperluan. Dia sendiri tidak mahu gaji yang berlebih-lebihan. Cukup untuk dirinya hidup di sebuah rumah flat murah di Kajang dan belanja ibunya itu sudah mencukupi.#

#Apabila ada pelanggan yang datang kadangkala memarahi beliau kerana mungkin kadangkala dia sendiri terpaksa menggantikan orang lain menjaga kedai Sarcasteek dan WERDA saya jadi tersentuh hati. Orang tidak tahu sejauh mana Fadli telah berkorban dirinya dan keluarganya untuk membangunkan RPWP dan kadangkala kesilapan kecil membuatkan orang marah berlebihan. Mungkin tidak lebih pun marahnya tetapi saya rasa ia berlebihan untuk insan yang menyerahkan sepenuh jiwa raganya untuk kebajikan anak yatim dan asnaf.#

#Saya berani kata sehingga saat ini Allah dan Rasul pasti mengenalinya kerana itu adalah dari apa yang nabi sendiri sabdakan bahawa antara orang yang menjaga anak yatim dengan Ku (Rasulullah) hanyalah sejarak 2 jari. Dia bukanlah orang miskin tetapi dia sanggup hidup sederhana untuk sama-sama susah membangunkan RPWP di saf pendukung.#

#Saya masih ingat semasa beliau diberikan tugasan untuk menyiapkan rak jualan di Werda. Pada ketika itu tanpa bantahan tanpa rungutan dia mencuba. Berhari-hari tidak tidur kerana mencuba sesuatu yang tidak pernah dibuatnya. Mengimpal besi hollow kecil bukan semudah mengimpal besi besar. Perjuangannya diteruskan dan dengan bantuan sahabat-sahabat RPWP yang nampak ketekunannya, tugasan itu berjaya disiapkan juga.#

#Semoga sahabatku ini terus istiqomah dan tidak berpatah balik dari kebaikan yang telah dibuat. Untuk pengetahuan, isteri Fadli ialah Puan Yati yang berlakon dalam Filem Pendek "Ibu Tinggal" yang telah viral satu Malaysia dan salah seorang anaknya yang berlakon sebagai pelakon utama filem pendek yang sama membawa watak "Hakimi".

#Seperti dirinya, anak dan isterinya juga orang yang mudah diatur dan sangat tekun dan bersungguh-sungguh sekalipun mereka bukan pelakon dan tidak pernah berlakon. Dalam apapun keadaan, Fadli akan senyum dan tidak mudah marah. Segarang-garang saya jadi boss tak pernah sampai hati nak marah Fadli dan in fact, tiada sebabpun nak marah kalau apa yang kita tugaskan tuntas dan diterima dengan senyum penuh redho.#

#Jika saya seorang Sultan, orang begini yang bakal saya kurniakan darjah tertinggi dan siap D.K lagi, bukannya sebahagian artis yang diragui sumbangannya. Itupun belum cukup tinggi lagi, maka biarlah Allah yang membalasnya nanti.#

#Jika anda mahu lihat ikon manusia yang tidak pernah penat dan mengalah, saya sedang menceritakan tentangnya sekarang. Dan RPWP dibangunkan oleh lebih 30 orang lelaki setara Fadli Osman.#

#Selamat malam

#SAIFUL NANG





0 comments:

Post a Comment