Sunday, 6 March 2016

Filled Under:

GEMPAR!! Hampir Mencecah 500,000 rumah tidak laku untuk dijual, proses kejatuhan harga rumah kini bermula?


#Kerajaan Digesa Lakukan Sesuatu Tingkatkan Margin Pinjaman Bank – Pemaju Perumahan

#KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa melakukan sesuatu bagi meningkatkan margin pinjaman kewangan yang ditawarkan oleh pihak bank dalam urusan pembelian rumah kerana kadar ketika ini begitu rendah sehingga menyebabkan banyak hartanah tidak terjual.

#Mustapha Kamal Abu Bakar Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan EMKAY berkata, margin pinjaman yang kecil telah menyebabkan hampir setengah juta rumah tidak terjual ketika ini.

#“Ketika ini bank menawarkan pelbagai kadar pinjaman kewangan sehingga ada yang memberi pinjaman hanya 60 peratus daripada harga rumah yang mahu dibeli, mana mungkin seorang pembeli boleh membayar baki 40 peratus lagi harga rumah.

#“Kerajaan perlu lihat keadaan ini dan ambil tindakan supaya margin berkenaan dinaikkan. Mungkin naik sehingga 90 atau 100 peratus. Jika perkara ini dilaksanakan akan wujud situasi menang-menang antara pembeli, pihak bank dan pemaju hartanah,” katanya. – Utusan

ULASAN PIHAK ORANGMUDA.TV :

#AKHIR-akhir ini jika dilihat, pemilikan rumah sendiri oleh majoriti rakyat di negara ini adalah hampir mustahil. Ini adalah kerana harganya yang terlalu tinggi jika hendak dibandingkan dengan majoriti gaji rakyat yang secara relatifnya masih rendah terutama bagi golongan B40 dan sebahagian besar golongan M40.

#Malah ada pihak yang menyatakan bahawa rakyat perlu memperolehi gaji sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan jika hendak memiliki rumah yang berada dipasaran kini.

#Walaupun terdapat beberapa projek perumahan yang diwar-warkan sebagai mampu milik, tetapi hakikat sebenarnya ia adalah sebuah projek perumahan ‘mampu tengok’ sahaja.

#Seperti yang dijangka, sesudah terlalu lama berada dipuncak yang tidak seimbang dengan permintaan pasaran terhadap rumah mampu milik dalam erti kata yang sebenar, maka proses kejatuhan harga rumah dan hartanah akhirnya memasuki fasa menurun setelah mencapai kemuncaknya buat sekian lama.

#Perkara ini telah pun diramalkan oleh ramai pakar-pakar hartanah sebelum ini.

#Antara punca kejatuhan ini adalah akibat pembeli sudah semakin sukar untuk mendapatkan pinjaman perumahan kerana syarat-syarat yang ditetapkan oleh bank semakin ketat. Pada ketika ini, peluang untuk mendapatkan pembiayaan perumahan sehingga 90% ke 100% adalah semakin tipis dan sukar.

#Kesukaran tersebut bukanlah kerana bank sudah hilang kemampuan untuk memberikan pinjaman, tapi akibat harga rumah yang terlalu tinggi walaupun hanya rumah tersebut bersaiz ‘sekangkang kera’.

#Seperti yang diketahui, harga rumah yang terdapat dipasaran sekarang sudah memasuki tahap yang tidak masuk akal. Ini adalah angkara sikap para spekulator yang tidak bertanggungjawab dan tamak.

#Tindakan mereka-mereka ini menyebabkan harga rumah disesuatu kawasan akan naik dalam kadar yang tidak munasabah serta tidak mengambarkan harga pasaran sebenar dan selayaknya dikawasan tersebut.

#Dalam sesetengah kes, ada rumah yang sedang dalam setahun pembinaannya telah ‘dijual beli’ sebanyak beberapa kali dan juga mengalami kenaikan harga beberapa kali dalam setahun. Tindakan spekulasi seperti inilah yang telah menyebabkan harga akhir rumah tersebut apabila siap kemudiannya sudah tidak munasabah dan tidak mampu dimiliki.

#Tindakan kerajaan mengetatkan undang-undang dan mengenakan Cukai Keuntungan Hartanah (CKH) yang tinggi juga adalah sangat-sangat dihargai rakyat. Ianya mampu membendung dan membenteras kegiatan spekulator yang tidak bertanggungjawab ini.

#Mengikut hukum pasaran juga, jika sesuatu perkara itu sudah capai tahap ‘resistance’ yang melampaui had munasabah, ianya akan menurun semula sebagai langkah ‘correction’ sebelum menetapkan tahap ‘support’ yang baharu dan munasabah.

#Bagi situasi di Negara ini, majoriti rakyatnya berpendapatan dibawah RM10,000 sebulan, oleh yang demikian, jika penawaran rumah yang ada tidak menepati had yang munasabah, maka akhirnya rumah-rumah tersebut tidak mampu dimiliki oleh rakyat, akibatnya berlakulah lambakan rumah-rumah yang tersergam indah, tetapi kosong dan sunyi sepi.

#Tindakan ‘correction’ adalah perlu dalam membuat pembetulan semula harga rumah-rumah terbabit yang selama ini tidak mengambarkan harga yang sebenar dan dipengaruhi oleh aktiviti-aktiviti spekulasi semata-mata.

#* BGP – Jangan beli rumah lagi, tunggu dia jatuh kaw-kawa, baru beli… kitarannya sudah bermula, cepat atau lambat, ianya pasti akan tiba…. ‘The Time Is Now’…l

Sumber - mymediaviral




0 comments:

Post a Comment