Saturday 2 April 2016

Filled Under:

12 ARTIS POPULAR MALAYSIA YANG ADA PHD TETAPI MEREKA SENGAJA SEMBUNYI KEBIJAKSANAAN DARIPADA PEMINAT MEREKA SEBAB UTAMA IALAH AKHIRNYA TERDEDAH PEMINAT MEMANG TAK SANGKA ARTIS MEREKA INI BIJAK


Najwa Muhyiddin

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri ini merupakan siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. Namun pelantun suara lagu Got to Go ini memilih untuk menyambung pengajian di Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat demi mengejar cita-cita menjadi penghibur terbaik.

Lisa Surihani

Pelakon Istanbul, Aku Datang ini bukan semata-mata aktres berwajah kacukan yang menggunakan kecantikannya meraih kerjaya dalam bidang peragaan dan lakonan. Lisa memiliki Ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Help dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.

Yuna

Dia mungkin antara penyanyi/penggubah lagu yang paling terkenal di Malaysia dan mampu menempa nama di persada antarabangsa. Namun tidak klise seperti pemuzik jalanan, Yuna memiliki ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM).

Daphne Iking

Personaliti TV terkenal, Daphne Iking, atau kini mesra dengan nama Dahlia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Penyiaran (Filem, TV dan Radio) dan pada tahun 2004, memperolehi Ijazah Sarjana dalam Komunikasi. Kedua-dua pencapaian akademik tersebut diperoleh dari Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.

Ahmad Idham

Pada tahun 2011, pengarah terkenal Ahmad Idham dikhabarkan telah mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengambil kursus Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang industri. Pengarah Remp-It yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari UiTM Shah Alam ini akan menghasilkan tesis PhD berasaskan bidang perfileman tempatan cabaran, permasalahan dan cara mengatasi halangan terbabit.

Sudirman Hj Arshad

Allahyarham Sudirman Arshad merupakan antara artis tempatan yang dikenali kerana memiliki pencapaian akademik yang cemerlang. Bukan sahaja dia menolak biasiswa untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan, Sudirman juga mempunyai Ijazah dalam bidang Undang-undang dari Universiti Malaya dan pernah menjadi peguam.

Datuk Aznil Hj Nawawi

Personaliti TV, pelakon dan penyanyi ini juga merupakan alumnus Universiti Malaya yang memiliki Ijazah Sarjana Ekonomi. Namun begitu, personalitinya yang ceria dan minat mendalam dalam media membolehkan Aznil mengubah haluannya dan menempa nama dalam bidang penyiaran.
Fazley Yaakob
Tidak kisahlah jika suatu masa dulu ijazah kedoktorannya dikatakan palsu, Fazley masih memiliki Ijazah dalam bidang Pentadbiran dan Perdagangan dari Victoria University of Wellington, New Zealand.

Jason Lo

Bintang muzik Irish-Cina kelahiran Kuching, Sarawak ini merupakan seorang graduan dalam bidang Perakaunan di University of Hull selain Ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan di Webster Graduate School in London.




6 comments: