Thursday 14 April 2016

‘Kita Dah Ada Ulama Sendiri, Kenapa Perlu Jemput Dr Zakir?’


#Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz mempersoalkan keperluan untuk menjemput pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik untuk memberi ceramah di negara ini.

#Tegasnya, Malaysia mempunyai ulama atau ahli agama tersendiri untuk dijadikan rujukan rakyat.

#Tambah Nazri, walaupun mereka yang menghadiri ceramah Dr Zakir menggambarkan ia sebagai sederhana, adalah tidak menghairankan jika penganut agama lain merasakan perkara yang berbeza.

#Akui Nazri, isu yang dikaitkan dengan Dr Zakir ialah mengenai persepsi dan menurutnya persepsi berkenaan adalah berdasarkan kepada apa yang dilakukannya pada masa lalu terutamanya ketika beliau bercakap tentang agama-agama lain.

#“Saya fikir jika anda mahu bercakap tentang agama, maka hanya bercakap tentang anda sendiri.

#“Semasa membuat perbandingan antara agama, anda terikat untuk membuat kesimpulan bahawa agama anda adalah lebih baik,” kata Nazri seperti yang dipetik dalam satu wawancara dengan sebuah portal berita.

#Nazri berkata umat Islam di Malaysia “tidak perlu diberitahu bahawa mereka berada di landasan yang betul” kerana rakyat Malaysia sudah lama terdedah dengan Islam.

#Kata Nazri lagi ia bukan satu persoalan mengenai kebebasan bersuara, tetapi bagi memastikan rakyat Malaysia tidak berpecah akibat seseorang yang tidak mempunyai hubungan dengan Malaysia.

#Nazri berkata, Dr Zakir memberikan ucapannya dan beliau akan meninggalkan negara ini.

#Namun rakyat Malaysia akan ditinggalkan dengan semua masalah yang mungkin beliau lakukan.

#Dr Zakir mencetuskan kontroversi selepas beliau dijemput untuk bercakap di Universiti Teknikal Malaysia Melaka dengan topik ‘persamaan antara agama Hindu dan Islam’.




0 comments:

Post a Comment