Sunday, 3 April 2016
Filled Under:
Artis
Wardina Beri AMARAN Pada Mawar Fareeda "JANGAN LAYAN PELANGGAN MACAM LEMBU DAN KAMBING"
Posted By:
Unknown
on 08:52
#WALAUPUN sudah berhijrah menetap di Australia, namun selebriti Wardina Saffiyah Fadhullah
Wilmot tetap ambil tahu isu semasa yang berlaku di tanah airnya, Malaysia.#
#Ianya berkaitan video menunjukkan orang ramai sanggup beratur sambil bertolak-tolakan demi mengejar koleksi terbaru tudung jenama terkenal yang kini menjadi viral.#
#Dalam video tersebut, pemilik jenama terkenal itu kelihatan riang tersenyum dengan aksi dan gelagat peminat tudungnya yang gigih berusaha untuk mendapatkan koleksi terbaru keluaran syarikatnya.#
#Selepas menonton video tersebut Wardina memuat naik satu status yang menggambarkan perasaannya. Tulisnya;#
#Menurut Wardina apa yang lebih dikesalkannya ialah apabila pemilik butik hanya tersenyum girang melihat gelagat pelanggan tanpa mengusulkan sebarang cadangan bagi mengatasi masalah berasak-asak di hadapan premisnya.#
#Ada betulnya kata Wardina ni, peniaga perlulah mengetahui adab-adab dalam melayan pelanggan.
Untuk memudahkan dan melancarkan jualan khas yang dianjur, mungkin pihak butik boleh aplikasikan cadangan yang diutarakan Wardina untuk mengelak kejadian sebegini berlaku lagi di masa hadapan.#
#"Astaghfirullahalzim, rasanya elok dah Fizo ubah cara perniagaan. Halal haram dah tak kira tu, siapa tanggung? Penjual dan pembeli. Share video di Facebook? Extra dosa dapat," kata Irwan.#
#"Perlu ke nak beli tudung sampai berebut macam tu? Seriously aku bab tudung ini, beli di pasar malam pun dah cantik-cantik. Ye, aku tahu korang punya duit kan nak beli mahal-mahal. Itu hak korang tetapi aku rasa kalau dah macam ini, lebih baik tak payah pakai tudung. Maaflah ye," kata Chinta Zara#
#Ada benarnya yang apa dikritik oleh netizen. Perkara ini bukan baru bagi Fareeda, hampir setiap kali ada saja promosi/produk baru dikeluarkan, pasti akan menerima sambutan yang menggalakkan.#
#Justeru, sewajarnya pihak Fareeda memikirkan batasan di antara lelaki dan perempuan jika benar-benar berniaga atas niat mahu menyebarkan syiar Islam. Bukan hanya setakat mementingkan keuntungan sahaja, tetapi perlu menjaga batasan di antara pelanggan lelaki dan perempuan.# -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment