Sunday, 10 April 2016

Filled Under:

ALHAMDULILLAH.. Pengantin Dedah HIKMAH viral gaduh Semasa Akad Nikah Kini....


#PERGERAKAN hidup dalam dunia moden dipacu oleh kemajuan teknologi terkini. Salah satu daripadanya adalah dunia maya yang menghidangkan aplikasi-aplikasi mudah dan berangkai dalam menghubungkan manusia serata dunia dengan pantas dan cepat....#

#Jika dahulu istilah viral dan trending satu perkataan yang tidak pernah kita dengar, kini ia menjadi penggunaan lazim. Beberapa minggu kebelakangan ini negara dikecohkan dengan video viral mempamerkan aksi pergaduhan dua keluarga melibatkan pasangan yang mahu berkahwin di sebuah masjid di ibu kota....#

#Pelbagai reaksi netizen selepas video itu diviralkan dan diterbitkan di media massa. Mereka berpusu-pusu mengeluarkan pendapat dan hujah; ada yang menyalahkan pihak perempuan kerana meletakkan nilai hantaran tinggi, tidak kurang juga yang menyalahkan pihak lelaki yang dikatakan memulakan dahulu pergaduhan dengan mengeluarkan kata-kata kurang sopan....#

#Laporan media menyebut pergaduhan bermula apabila pihak perempuan tidak berpuas hati kerana hantaran tidak mencukupi dan tidak diberikan seperti mana perjanjian awal. Perkahwinan tidak diizinkan berlaku selagi wang hantaran tidak dijelaskan kesemuanya....#

#Beberapa hari kemudian, media melaporkan susulan kenyataan imam yang berada di lokasi kejadian; memperbetulkan pandangan orang ramai bahawa ia dimulai dengan pihak lelaki yang mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya ketika mahu meninggalkan majlis....#

#Begitulah seterusnya, pihak demi pihak tampil mengeluarkan kenyataan balas....#

#Apa pun yang cuba dijelaskan dan diperbetulkan, bagi kita yang menjadi pemerhati, ia telah pun berlaku dan dihebahkan. Netizen terus-terusan berhujah. Medium sosial sememangnya lebih rancak dan pantas berbanding media arus perdana....#

#Pengajaran untuk semua pihak

#Terpanggil untuk memperhalus situasi ini, WOW mewawancara beberapa ilmuwan untuk berkongsi pendapat dari sudut ilmiah dan agama. Adalah lebih baik kita memandang ia sebagai atau penggera yang menjentik minda kita untuk mempelajari sesuatu daripada kisah orang lain....#

#Berhenti menuding jari. Mungkin tiba masanya kita ditegur dan disedarkan dengan contoh yang berlaku di hadapan mata. Kalau tak kerana isu ini, masih ada ibu bapa yang meletakkan hantaran tinggi tanpa memikirkan kemampuan bakal menantu. Kalau tak kerana isu ini, masih ada masyarakat yang suka menghentam orang sana-sini dan mengeluarkan kata kesat sesuka hati. Dan kalau tak kerana isu ini, masih ada yang tidak sedar bahawa kamera paparazzi ada di mana-mana, hatta di rumah anda sendiri mahu pun di masjid tempat suci....!#

#Apa yang mahu kami sampaikan adalah jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Jangan kerana perbuatan sesetengah masyarakat, agama dipandang serong oleh orang lain dan boleh dipersendakan sesuka hati. Ia bukan soal hantaran tinggi atau soal proses perkahwinan dalam agama, ia soal sikap manusia itu sendiri. Semoga kita semua mendapat pengajaran....#

Hikmah perkahwinan tidak jadi

#Inilah yang dikatakan kalau sudah bukan jodoh, tok kadi di depan mata pun tetap tidak berlangsung proses ijab dan kabul tersebut. Bagi mereka yang pernah berkahwin, pasti telah pun melalui proses-proses dan prosedur sebelum tiba ke tarikh akad nikah itu sendiri....

#Anda perlu mengisi borang masing-masing, mendapatkan persetujuan pendaftar perkahwinan, menunggu proses surat kebenaran berkahwin dikeluarkan sehinggalah kepada urusan persediaan majlis dan sebagainya....#

#Apakah tidak ada masa untuk perbincangan dan rundingan sehingga masih berlaku ketegangan pada hari yang sepatutnya merekodkan detik bahagia? Apakah tidak cukup kasih sayang anda sehingga begitu banyak yang dilalui bersama tetapi masih tiada kesepakatan? Nah di sinilah kita semua perlu muhasabah diri. Pandanglah dari sudut hikmah atas perancangan yang tidak menjadi. Segalanya ditentukan Yang Maha Esa....#

Orang awam jadilah profesional

#Berdasarkan kisah ini banyak perkara yang perlu difikirkan bersama. Bukan senang jadi pengawal keselamatan dengan gaji RM1,100 sebulan untuk kumpul dan dapatkan RM15,000. Pada situasi hari ini, ia bukan mengambil masa 12 bulan. Tapi jika lelaki ini boleh menyimpan RM10,000, dia telah menunjukkan bahawa dia berusaha dan bertanggungjawab....#

#Adakah begitu aib jika wang hantaran tidak mencukupi? Islam menyuruh kita sebagai ibu bapa memudahkan urusan pernikahan anak-anak bukannya menjadi penghalang. Lebih-lebih lagi jika ada sebahagian ibu bapa yang ingin menumpang duit hantaran tersebut, maka lagilah tidak wajar....#

#Inilah faktor utama kenapa nikah muda berakhir dengan cerai muda. Ramai isteri tidak sedar bahawa suami mereka mungkin berhutang untuk merealisasikan perkahwinan idaman. Padahal mereka perlu sedar RM15,000 tersebut jika salah guna akan jadi duit hangus sahaja, tapi jika dirancang dengan betul ia boleh dijadikan sebahagian duit sara hidup....#

#Wanita yang baik ialah wanita yang tidak meletakkan maharnya terlalu tinggi. Tapi jika mahal sekalipun, ia adalah milik si isteri. Wang hantaran umpama wang belanja perkahwinan. Apakah perlu majlis perkahwinan yang gah jika pihak lelaki rasa sukar dan menyusahkan?#

#Apabila kisah ini diviralkan, ia menunjukkan kebanyakan ibu bapa lebih mementingkan kehendak daripada keperluan sesuatu perkahwinan anak mereka....#

#Kebanyakannya juga pendirian sanak-saudara, saudara-mara menjadi benchmark atau tanda aras kepada jumlah hantaran dikenakan. Kadang-kadang ibu dan bapa yang belum ada pengalaman anak berkahwin, tak kisah pun berapa jumlah hantaran, tapi bila saudara-mara masuk campur terus hantaran kahwin siap ada GST lagi....#

#Sepatutnya dalam situasi ini kedua-dua keluarga berkongsi rasa bahagia anak mereka dalam mendirikan rumah tangga. Maknanya yang mana kurang, sama-sama cover supaya majlis nampak berjalan lancar. Bukan bersedia mencari kelemahan dan menjatuhkan sesama sendiri....#

#Peristiwa ini menjadi fitnah besar kepada agama kerana kita mementingkan apa agama tidak suruh. Kalau ikut apa yang agama gariskan, pastinya tiada tekanan dan perbalahan berlaku....#

#Orang-orang tua selalunya akan tanya, kalau hantaran sampai RM15,000 apa kehebatan wanita dengan hantaran sebanyak itu? Kalau 21 tahun, pandai selfie sahaja pun tak padan juga. Jadi biarlah jadi wanita yang boleh menyayangi suami seikhlasnya. Bukan hantaran lagi mahal baru makin sayang. Bila waktu bayar hutang kahwin, suami kena tidur sorang-sorang....#

#Orang awam jadilah orang yang profesional. Tak perlu menilai apa-apa sebab nanti terkena pada kita, orang lain pun akan buat perkara yang sama. Menilai dan menghukum memang kemahiran kita yang tak perlu masuk universiti. Doakan mereka yang terbaik menempuh ujian ini, dan usahakan yang terbaik untuk kita dan anak cucu kita agar tak jadi macam ini....#




0 comments:

Post a Comment