Friday, 22 April 2016

Filled Under:
,

ASTAGHFIRULLAH!! NUR SAJAT Pecahkan RAHSIA Keluarganya Sendiri Di Laman Sosial Mendapat KRITIKAN Hebat Dari Netizen!


#Jika anda masih ingat, kecoh satu ketika dahulu apabila seorang Mak Nyah mengambil keputusan untuk memakai tudung setelah mengalami kemalangan jalan raya yang dikatakan cukup menginsafkan dirinya


#Beliau dikenali sebagai Nur Sajat dan agak terkenal di laman sosial media Instagram. Bagaimanapun beliau hanya berpernampilan seperti itu dalam jangka masa yang pendek dan kembali pada imej lamanya yang seksi.

#Nur Sajat kini memiliki syarikat perniagaannya sendiri yang mengeluarkan produk kosmetik dan kecantikan yang bernama NUR SAJAT AESTHETIC SDN BHD. Namun, baru-baru ini satu post beliau di laman Instagram telah memeranjatkan ramai pihak apabila beliau memberitahu bahawa dirinya dilahirkan sebagai seorang khunsa.

#Menurutnya, buat masa ini beliau memiliki dua orang anak angkat lelaki dan perempuan. Beliau sungguh bersyukur kerana dilimpahkan dengan rezeki yang banyak dari tuhan dan menyayangi anak-anak tersebut walaupun mereka bukanlah anak kandungnya.


#Sejarahku penuh liku liku kehidupan, dengan usia ku yang kini mencecah 31tahun ini, aku amat bersyukur diberi rezeki yang halal dan diberi dua cahaya mata yang sangat comel iaitu Nur syaza sajidah dan Muhammad Syahmi, walaupun anak istimewa ini bukan lah anak kandung aku, tapi kasih sayang dan tanggungjawab ku pada anak anak istimewa ini tak pernah ku abaikan kasih sayang yang tak membelah bahagi...
 instagram.com

#Beliau dilahirkan pada tahun 1985 di sebuah hospital di Perak. Katanya, kelahirannya itu memberi kejutan kepada kakitangan hospital dan terutama kedua-dua ibu bapanya kerana beliau dilahirkan dengan dua jantina.


#Kehidupan ku bermula sejak ku dilahirkan pada tahun 1985. Ayahku dahulu seorang tentera laut Malaysia (Navy) dan mak ku seorang pembantu makmal. Aku dilahirkan di hospital lumut perak. Di situ bermula lah sejarah ku bermula....pada jam 10.30 am aku dilahirkan.....dokter, nurse dan ayah ku terkejut dengan kelahiran ajaib ku...aku (sajat) mempunyai 2 kemaluan...time tu semua panik dan ayah dan mak ku tak tahu nak buat apa..
 instagram.com

#Nur Sajat dibesarkan dengan cara seorang lelaki, tetapi malangnya dia lebih menyukai kerja-kerja seorang perempuan. Pada fikirannya itu hanyalah perkara normal sehinggalah...

#Mak sajat pernah cakap kat sajat,masa sajat bayi,air susu tetek mak terjatuh kat kemaluan sajat,bila mak sedar,cepat2 mak lap... ORANG ORANG TUA PERNAH CAKAP,kalau air susu ibu jatuh kat kemaluan anak,nanti nafsu batin nya akan lemah.... Nak buat macam mana,mungkin ini semua dah tertulis tentang kehidupan ku.... Time tu ayah dan mak cuba membesarkan ku dengan didikan cara anak lelaki,tapi time tu aku kecil,aku memang tak suka buat benda2 berat,aku lebih gemar membuat kerja kerja seperti wanita...
 instagram.com


#Suka kemas rumah,tolong mak memasak didapur,suka main main pondok2...
Tapi time tu aku ingat benda ini semua nampak normal.... Masa aku nak masuk sekolah tadika,aku takut nak masuk kelas,fikirkan macam mana dengan keadaan ku,yang tak normal..paling aku risau,nak masuk tandas,aku tak nak kawan2 aku tahu aku ini ada 2 kemaluan...nanti orang kata aku cacat..
 instagram.com

#Disebabkan itu, beliau dikatakan telah mengalami kencing berdarah dan penyakit batu karang kerana sering menahan membuang air kecil


#Sampai aku sanggup tahan kecing aku dari pagi sampai tengahari tau..biar lah aku melepas kat rumah...sampai lah satu tahap, aku kena batu karang dan kencing berdarah apa usia 6thn..

#Kerana kerap tahan kencing... Kehidupan sebagai KHUNSA ini berbeza dengan orang normal...saya akan kongsi lagi cerita saya pada anda...CERITA TENTANG NUR SAJAT
RAHSIA KELUARGA SAYA SELAMA INI...saya simpan selama 31thn..cukup2 lah anda diluar sana menghentam saya...
 instagram.com

#Setelah post itu dikongsi, ternyata ia mendapat begitu banyak respon daripada netizen. Ada yang memberi komen positif tetapi nampaknya lebih ramai yang mengecam. Antara komen yang diutarakan adalah seperti berikut:

1. Semoga terus tabah

2. Dulu cakap ambil pil hormon?


3. Betul ke khunsa?


#Sehingga kini, post tersebut juga telah menerima lebih dari seribu like dan beratus-ratus komen.
Jadi, apa pendapat anda?




0 comments:

Post a Comment